Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung. Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.

Jumaat, 23 Disember 2011

Pembundaran

Guna lagu untuk mengingat teknik pembundaran.



Duhai adikku mari belajar
Belajar bundar rumah dibundar
Belajar bulat rumah dibulat
Berhati-hati adik jangan tersilap

Bundar rumah jangan tersilap
Rumah nombor pellu dibulat
Nombor kanan perlu dilihat
Berhati-hati adik jangan tersilap

0,1,1,2,2,3,4
Berubah nombor dibulat jangan tersilap
Nombor kanan tukar sifar kirinya tetap
Nundar rumah tidak susah jangan tersilap

5,6,6,7,8,9
Tambah satu nombor bulat jangan tersilap
Nombor kanan tukar sifar kirinya tetap
Bundar nombor tidak susah jangan tersilap


Contoh pembundaran

1) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh yang terdekat

6 7 1 2 3         
 i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 0,1,2,3,4 - Nombor pada rumah nombor tidak berubah.
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 67120.

2) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh ribu yang terdekat

6 7 1 2 3

 i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 5,6,7,8,9 - Nombor pada rumah nombor tambah 1
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 70 000.




8 ulasan: