Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung. Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.

Isnin, 19 Disember 2011

Kad Ajaib

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan satu lagi permainan matematik, yang dipanggil kad ajaib.

Sebelum menjalankan aktiviti, kita perlu menyediakan 6 kad yang berlainan dan labelkannya sebagai kad A, kad B, Kad C, Kad D, Kad E dan kad F.



Kad A
456712131415
2021222328293031
3637383944454647
5253545560616263
Kad  B
236710111415
1819222326273031
3435383942434647
5051545558596263

Kad C
13579111315
1719212325272931
3335373941434547
4951535557596163
Kad D
89101112131415
2425262728293031
4041424344454647
5657585960616263
Kad E
1617181920212223
2425262728293031
4849505152535455
5657585960616263
Kad F
3233343536373839
4041424344454647
4849505152535455
5657585960616263

Cara-cara Bermain.

Permainan ini melibatkan anda dengan seorang kawan. Minta kawan anda untuk memilih sebarang nombor dari 1 hingga 63 dan minta beliau ingat nombor tersebut tanpa memberitahu anda.
Kemudian tunjukkan 6 kad  yang disediakan kepada kawan anda. Tanya kawan anda yang mana satu kad yang mempunyai nombor pilihannya.
Apabila kawan anda memulangkan kad yang mempunyai nombor pilihannya, lihat kepada nombor pertama pada setiap kad. Tambahkan nombor pertama tersebut dan pastikan anda melakukanya dengan cepat dan betul. Beritahu jawapannya kepada kawan anda, dan itulah nombor rahsia kawan anda tadi.

SELAMAT MENCUBA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan