Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung. Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.

Selasa, 18 Disember 2018

Assalamualaikum...
Salam kejayaan,kebahagiaan dan kekayaan untuk semua yang mengunjugi blog cikgu onie. Maaf atas kesibukan tugas cikgu lupa tentang blog cikgu yang comel ni...

Hari ini cikgu terpanggil untuk membuka semula blog ini.... dan alangkah teruja nya cikgu bila lihat ramai pengunjung dan rata-rata mahukan ilmu dari blog ni...

Menyesalnya rasa kerana membiarkan blog ini sepi begitu lama....

ok... x nak sedih-sedih... jom kita mulakan 2019 dengan semangat baru... yeyyyy...

Isnin, 22 Julai 2013

Salam Cinta

Salam cinta untuk semua pembaca terutamanya murid-murid ku....
Alhamdulillah setelah sekian lama mendiamkan diri, malam ini terasa hendak menulis diruangan kesayangan ku ini...
Keinginan ini tercetus apabila murid-muridku  dari kelas 5 Gigih 2013 berusaha memanfaatkan ruangan yang terdapat dalam blog ini untuk kegunaan pembelajaran mereka. Rasanya tidak salah aku mengemaskini laman ini untuk kebaikan murid-muridku tersayang...
okey murid-murid... tunggu kehadiran cikgu onie.....ye..







Jumaat, 23 Disember 2011

Latihan matematik tahun 4

https://docs.google.com/document/d/1clRZ24EC6y7pVkNBX1lo0QQ6LJNVgxCY_Zrdhe5LXaw/edit


https://docs.google.com/document/d/1_oshdYGRgcbhti7rC5lRta_Ue5S5rAilOmTyOBFAaoA/edit

Latihan Matematik Tahun 6

https://docs.google.com/document/d/1-iFn9nKubx8ZbWD9ydi300IqvWU63iXUuQaQsdWuBcU/edit



https://docs.google.com/document/d/1scWWIz_us0QcQmokgPcRPyHeCoDRdVcfbtVrO-wVfzo/edit

Purata

 Formula purata

Purata = Jumlah
               bilangan


Jumlah = Purata x Bilangan


Bilangan = Jumlah
                    Purata


Contoh soalan :

i) Cari purata bagi 23, 103, 96

    =  23 + 103 + 96
                 3

     = 222
           3

    = 74


2) Diberi purata bagi lima nombor adalah 125, cari jumlah bagi nombor tersebut.

     = 125  x  5
     = 625






Pembundaran

Guna lagu untuk mengingat teknik pembundaran.



Duhai adikku mari belajar
Belajar bundar rumah dibundar
Belajar bulat rumah dibulat
Berhati-hati adik jangan tersilap

Bundar rumah jangan tersilap
Rumah nombor pellu dibulat
Nombor kanan perlu dilihat
Berhati-hati adik jangan tersilap

0,1,1,2,2,3,4
Berubah nombor dibulat jangan tersilap
Nombor kanan tukar sifar kirinya tetap
Nundar rumah tidak susah jangan tersilap

5,6,6,7,8,9
Tambah satu nombor bulat jangan tersilap
Nombor kanan tukar sifar kirinya tetap
Bundar nombor tidak susah jangan tersilap


Contoh pembundaran

1) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh yang terdekat

6 7 1 2 3         
 i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 0,1,2,3,4 - Nombor pada rumah nombor tidak berubah.
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 67120.

2) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh ribu yang terdekat

6 7 1 2 3

 i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 5,6,7,8,9 - Nombor pada rumah nombor tambah 1
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 70 000.