Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung. Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.

Bijak Sifir

Untuk cemerlang matematik kita mesti bermula dari asasnya dahulu. Seorang murid perlu MAHIR SIFIR sebelum menguasai mana-mana konsep lain dalam matematik. Kegagalan murid menguasai sifir menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan -soalan matematik yang lain, terutamanya yang melibatkan pendaraban dan pembahagian. Oleh sebab itu majoriti murid-murid  melabelkan matematik adalah satu subjek yang susah. Akhirnya tahap motivasi dan minat murid-murid untuk menguasai matematik semakin merosot.

Sebenarnya terdapat beberapa kaedah bijak sifir, untuk membantu murid-murid menjawab fakta asas darab tanpa menghafal sifir. Kaedah ini sebenarnya sudah lama tetapi kurang diaplikasikan.

Kotak sifir

Mula-mula buat kotak 10 x 10 dulu.


X123456789
1
2
3
4
5
6
7
8
9



Lepas tu tulis sifir 1 dulu. Anda boleh pilih sama ada nak buat secara menegak atau melintang dulu. tetapi satu sifir mesti buat dua kali.(tulis secara menegak dan melintang)


X123456789
11
22
33
44
55
66
77
88
99


Isikan kotak dengan hasil darab sehingga 9 x 9.


X123456789
1123456789
224681012141618
3369121518212427
44812162024283236
551015202530354045
661218243036424854
771421283542495663
881624324048566472
991827364554637281


Sudah siap. Anda boleh tengok polanya, semakin lama semakin sedikit nombor yang anda perlu isi. Kotak sifir ini boleh digunakan untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban, pembahagian dan pecahan. Cuba lah. Semoga kejayaan milik anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan