Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung. Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.

Sabtu, 12 November 2011

Sifir 9

Bagi yang tidak menghafal sifir 9, di sini ada 2 cara :

a) Menggunakan jari




b) Cara menulis :
                            i) tuliskan 0 - 9 secara menegak (ke bawah ).
 0
1
2
3
4
5
6
7
8
9

                          ii) kemudian tuliskan semula 0 - 9 disebelah nombor yang ditulis tadi, tetapi secara menaik.

09
18
27
36
45
54
63
72
81
90

taraaa dah siap sifir 9. Selamat mencuba.

Isnin, 7 November 2011

SIFIR MENGGUNAKAN JARI

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya akan kongsikan cara-cara hendak menjawab sifir darab dengan menggunakan jari. Terlebih dahulu kita kena pastikan murid kita@ anak kita mengahafal terlebih dahulu sifir 2 hingga 5, kerana sifir menggunakan jari ini hanya melibatkan sifir 6 hingga 9 sahaja. Setiap jari diwakilkan dengan nombor 6, 7, 8, 9. bagi setiap belah.



Sebagai contoh saya akan mulakan dengan soalan 9 x 9. Lihat gambar di bawah.


Empat jari kanan yang ditutup mewakili 9, begitu juga dengan empat jari kiri yang ditutup mewakili 9. Jari yang ditutup ini mewakili rumah puluh, dan perlu ditambah. Maksudnya jika empat jari yang ditutup bagi sebelah kanan mewakili 40, dan 40 bagi sebelah kiri memberi jumlah sebanyak 80. Manakala jari yang tidak ditutup mewakili rumah sa dan perlu di darab. Maknanya 1 x 1 = 1. Akhirnya kita dapati apabila 9 x 9 = 81.

Saya akan tunjukkan lagi beberapa contoh supaya anda faham dan boleh diamalkan.


Yang ini bagi soalan sifir 9 x 8,  tutupkan 4 jari sebelah kanan dan 3 jari sebelah kiri. empat jari yang ditutup di sebelah kanan mewakili 40 dan tiga jari yang ditutup di sebelah kiri mewakili 30, menjadikan jumlahnya 70. Jari yang tidak ditutup pula mewakili rumah sa di mana perlu didarab. 1 x 2 = 2. oleh itu 9 x 8 = 72.



Yang ini untuk soalan sifir 8 x 7. Caranya, tutupkan 3 jari sebelah kanan dan 2 jari sebelah kiri. Tiga jari sebelah kanan ditutup mewakili 30 dan dua jari sebelah kiri yang ditutup mewakili 20. Jari yang tidak ditutup mewakili rumah sa dan perlu didarabkan. 2 x 3 = 6. Jadi 8 x 7 = 56.



Mudah bukan? Kalau untuk soalan sifir 6 x 6 atau 6 x 7 pula janganlah anda panik apabila menggunakan kaedah ini kerana ia melibatkan pengumpulan semula. Saya akan tunjukkan satu contoh di sini.

6 x 7=
Tutup satu jari sebelah kanan (6)  dan tutup 2 jari sebelah kiri (7). 1 jari mewakili 10 dan 2 jari mewakili 20, apabila ditambah jumlahnya adalah 30.  Jari yang tidak ditutup adalah 4 x 3 = 12. (10 + 2)
Kumpulkan 10 + 30 = 40. Jadi 6 x 7 = 42.



Sekian sahaja sesi perkongsian ilmu untuk kali ini. Saya percaya ramai yang sudah maklum tentang kaedah ini. Bagi yang belum mengamalkan, cubalah praktikkan kaedah yang cepat dan mudah ini.