Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung. Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.

Rekreasi Matematik


 Permainan Tipu Muslihat Kalkulator Ghaib Hari Jadi
Anda, pakar Matematik pada masa hadapan, mula dengan memberi kawan anda kalkulator. Kemudian, anda beri arahan-arahan berikut kepada kawan anda. Pastikan kawan anda tekan butang bersamaan (=) selepas setiap langkah!
  • Masukkan nombor 7
  • Darab dengan bulan kelahiran anda
  • Tolak nombor 1
  • Darab dengan nombor 13
  • Tambah dengan hari kelahiran anda
  • Tambah nombor 3
  • Darab dengan nombor 11
  • Tolak dengan bulan kelahiran anda
  • Tolak dengan hari kelahiran anda
  • Bahagi dengan nombor 10
  • Tambah nombor 11
  • Bahagi dengan nombor 100
Dan, penuh ketakjuban, hari jadi kawan anda akan kelihatan pada skrin kalkulator! Contohnya, jika kawan anda dilahirkan pada bulan Februari 29. Di bawah, saya akan mengulangi arahan-arahan,langkah demi langkah. Keputusan untuk setiap langkah dalam akan muncul dalam warna merah.
  • Masuk nombor 7 (7)
  • Darab dengan bulan kelahiran (7x2=14)
  • Tolak dengan nombor 1 (14-1=13)
  • Darab dengan nombor 13(13x13=169)
  • Tambah dengan hari kelahiran anda (169+29=198)
  • Tambah nombor 3 (198+3=201)
  • Darab dengan nombor 11 (201x11=2211)
  • Tolak dengan bulan kelahiran (2211-2=2209)
  • Tolak dengan hari kelahiran kawan anda (2209-29=2180)
  • Bahagi dengan nombor 10 (2180/10=218)
  • Tambah dengan nombor 11 (218+11=229)
  • Bahagi dengan nombor 100 (229/100 = 2.29)
Formula ini akan berhasil setiap kali! Cubalah!
Sudah tentu, permainan tipu muslihat Matematik tersebut akan menarik hati kawan-kawan anda dan mewujudkan suasana ghaib yang penuh kepintaran pada diri anda! Untuk melakukannya, janganlah anda membenarkan kawan anda membuat tiga langkah terakhir - kiralah sendiri dalam minda anda. Bahagi dengan 10 atau 100 atau tambah dengan nombor 11 adalah mudah untuk kanak-kanak pada peringkat umur anda untuk mengiranya dalam minda anda.Betultak? Atau jika anda tidak pasti, latihlah terlebih terdahulu dengan orang dewasa yang memberikan Matematik tipu muslihat tersebut kepada anda.
Keputusannya jelas. Permainan tipu muslihat Matematik ini sudah tentu akan membuat anda kelihatan seperti seseorang yang betul-betul pakar dalam Matematik. Kawan-kawan anda tentu akan meminta kamu untuk menunjukkan bagaimanakah tipu muslihat Matematik ini berhasil.Don't tell them!


 'Tiga' Tipu Muslihat Matematik
  • Pertama sekali , minta kawan anda memilih satu nombor daripada 1 sehingga 20 (tanpa perpuluhan!),dan tulis di atas kertas. Pastikan bahawa kawan anda tidak akan tunjukkan kertas tersebut kepada anda! Beritahu kawan anda bahawa anda, ahli sihir Matematik, akan menggunakan kepintaran Matematiknya untuk mengira atau menndapatkan nombor tersebut!
  • Berikan satu kalkulator kepada kawan anda, dan minta kawan anda mengikut langkah-langkah mudah yang anda akan berikan:
    • Masukkan nombor rahsia anda
    • Darabkan dengan 3
    • Tambahkannya nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi, kemudian tolak 5 daripadanya.
    • Darab dengan 3 sekali lagi, kemudian darab dengan 3 buat kali ketiga.
    • Tambahkan nombor rahsia dengan jawapan yang diperolehi setakat ini, kemudian tolak jawapan anda dengan salah satu bulan kegemaran anda (anda tidak beritahu sesiapa bulan yang ke berapa!)
    • Darab dengan 3 kali keempat, darab dengan 3 kali kelima dan kemudian darab dengan 3 kali keenam.
    • Jawapan yang diperolehi tambahkan dengan nombor rahsia, kemudian tolak dengan hari kegemaran anda dalam bulan yang tertentu (anda tidak perlu beritahu sesiapa nombor hari kegemaran anda).
    • Minta kawan anda tunjukan keputusan jawapannya
  • Sekarang, anda boleh meneka nombor rahsia kawan anda ... Nombor yang ditunjuk dalam kalkulator mungkin agak besar, tetapi janganlah risau dan berasa gelisah - Nombor yang besar tersebut hanya akan menunjuk betapa pintar anda dalam Matematik
  • Inilah caranya bagaimana anda dapat mengira dan mendapat jawapan tersebut:
    • Sekirannya jawapan kawan anda ialah nombor negatif, nombor rahsia kawan anda ialah nombor 1 (atau dia telah cuba menipu anda)
    • Sekirannya keputusan jawapan kawan anda hanya mempunyai tiga digit, nombor rahsia kawan anda ialah 2.
Melainkan, anda abaikan tiga digit yang terakhir, dan kemudian tambahkan nombor 2 kepada nombor rahsia kawan anda! Kamu akan berjaya mendapat nombor rahsia kawan anda! 

Diperoleh dr sumber- http//ms.dr-mikes-maths-games-for kids

Tiada ulasan:

Catat Ulasan