https://docs.google.com/document/d/1clRZ24EC6y7pVkNBX1lo0QQ6LJNVgxCY_Zrdhe5LXaw/edit
https://docs.google.com/document/d/1_oshdYGRgcbhti7rC5lRta_Ue5S5rAilOmTyOBFAaoA/edit
Selamat Datang.... Semoga blog ini menepati citarasa anda, terima kasih kerana menjadi pengunjung.
Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah UPSI semester 2. Namun begitu jika blog ini memberi kemudahan dan kebaikan kepada pengunjung, gunakanlah sebaik-baik mungkin.
Jumaat, 23 Disember 2011
Purata
Formula purata
Purata = Jumlah
bilangan
Jumlah = Purata x Bilangan
Bilangan = Jumlah
Purata
Contoh soalan :
i) Cari purata bagi 23, 103, 96
= 23 + 103 + 96
3
= 222
3
= 74
2) Diberi purata bagi lima nombor adalah 125, cari jumlah bagi nombor tersebut.
= 125 x 5
= 625
Pembundaran
Guna lagu untuk mengingat teknik pembundaran.
Duhai adikku mari belajar
Belajar bundar rumah dibundar
Belajar bulat rumah dibulat
Berhati-hati adik jangan tersilap
Bundar rumah jangan tersilap
Rumah nombor pellu dibulat
Nombor kanan perlu dilihat
Berhati-hati adik jangan tersilap
0,1,1,2,2,3,4
Berubah nombor dibulat jangan tersilap
Nombor kanan tukar sifar kirinya tetap
Nundar rumah tidak susah jangan tersilap
5,6,6,7,8,9
Tambah satu nombor bulat jangan tersilap
Nombor kanan tukar sifar kirinya tetap
Bundar nombor tidak susah jangan tersilap
Contoh pembundaran
1) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh yang terdekat
6 7 1 2 3
i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 0,1,2,3,4 - Nombor pada rumah nombor tidak berubah.
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 67120.
2) Bundarkan nombor 67 123 kepada puluh ribu yang terdekat
6 7 1 2 3
i) Tandakan rumah nombor yang hendak dibundar.
ii) Lihat pada nombor sebelah kanan.
iii) Jika 5,6,7,8,9 - Nombor pada rumah nombor tambah 1
iv) Nombor sebelah kanan tukar kepada sifar dan nombor sebelah kiri tidak berubah.
v) Jawapannya adalah 70 000.
Teknik pendaraban
Terdapat pelbagai cara mudah untuk menyelesaikan operasi darab selain daripada bentuk lazim yang diperkenalkan oleh cikgu-cikgu kita yang terdahulu.....
Terpulang kepada murid-murid untuk memilih teknik mana yang dirasakan sesuai dan senang. Oleh itu di ruangan ini saya memperkenalkan beberapa teknik yang boleh diguna pakai. cuba dulu baru tahu mudah atau tidak. SELAMAT MENCUBA....
Isnin, 19 Disember 2011
Kad Ajaib
Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan satu lagi permainan matematik, yang dipanggil kad ajaib.
Sebelum menjalankan aktiviti, kita perlu menyediakan 6 kad yang berlainan dan labelkannya sebagai kad A, kad B, Kad C, Kad D, Kad E dan kad F.
Cara-cara Bermain.
Permainan ini melibatkan anda dengan seorang kawan. Minta kawan anda untuk memilih sebarang nombor dari 1 hingga 63 dan minta beliau ingat nombor tersebut tanpa memberitahu anda.
Kemudian tunjukkan 6 kad yang disediakan kepada kawan anda. Tanya kawan anda yang mana satu kad yang mempunyai nombor pilihannya.
Apabila kawan anda memulangkan kad yang mempunyai nombor pilihannya, lihat kepada nombor pertama pada setiap kad. Tambahkan nombor pertama tersebut dan pastikan anda melakukanya dengan cepat dan betul. Beritahu jawapannya kepada kawan anda, dan itulah nombor rahsia kawan anda tadi.
SELAMAT MENCUBA...

Kad A | |||||||
4 | 5 | 6 | 7 | 12 | 13 | 14 | 15 |
20 | 21 | 22 | 23 | 28 | 29 | 30 | 31 |
36 | 37 | 38 | 39 | 44 | 45 | 46 | 47 |
52 | 53 | 54 | 55 | 60 | 61 | 62 | 63 |
Kad B | |||||||
2 | 3 | 6 | 7 | 10 | 11 | 14 | 15 |
18 | 19 | 22 | 23 | 26 | 27 | 30 | 31 |
34 | 35 | 38 | 39 | 42 | 43 | 46 | 47 |
50 | 51 | 54 | 55 | 58 | 59 | 62 | 63 |
Kad C | |||||||
1 | 3 | 5 | 7 | 9 | 11 | 13 | 15 |
17 | 19 | 21 | 23 | 25 | 27 | 29 | 31 |
33 | 35 | 37 | 39 | 41 | 43 | 45 | 47 |
49 | 51 | 53 | 55 | 57 | 59 | 61 | 63 |
Kad D | |||||||
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
40 | 41 | 42 | 43 | 44 | 45 | 46 | 47 |
56 | 57 | 58 | 59 | 60 | 61 | 62 | 63 |
Kad E | |||||||
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
48 | 49 | 50 | 51 | 52 | 53 | 54 | 55 |
56 | 57 | 58 | 59 | 60 | 61 | 62 | 63 |
Kad F | |||||||
32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 |
40 | 41 | 42 | 43 | 44 | 45 | 46 | 47 |
48 | 49 | 50 | 51 | 52 | 53 | 54 | 55 |
56 | 57 | 58 | 59 | 60 | 61 | 62 | 63 |
Cara-cara Bermain.
Permainan ini melibatkan anda dengan seorang kawan. Minta kawan anda untuk memilih sebarang nombor dari 1 hingga 63 dan minta beliau ingat nombor tersebut tanpa memberitahu anda.
Kemudian tunjukkan 6 kad yang disediakan kepada kawan anda. Tanya kawan anda yang mana satu kad yang mempunyai nombor pilihannya.
Apabila kawan anda memulangkan kad yang mempunyai nombor pilihannya, lihat kepada nombor pertama pada setiap kad. Tambahkan nombor pertama tersebut dan pastikan anda melakukanya dengan cepat dan betul. Beritahu jawapannya kepada kawan anda, dan itulah nombor rahsia kawan anda tadi.
SELAMAT MENCUBA...
Sabtu, 12 November 2011
Sifir 9
Bagi yang tidak menghafal sifir 9, di sini ada 2 cara :
a) Menggunakan jari
b) Cara menulis :
i) tuliskan 0 - 9 secara menegak (ke bawah ).
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
ii) kemudian tuliskan semula 0 - 9 disebelah nombor yang ditulis tadi, tetapi secara menaik.
09
18
27
36
45
54
63
72
81
90
taraaa dah siap sifir 9. Selamat mencuba.

Isnin, 7 November 2011
SIFIR MENGGUNAKAN JARI
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya akan kongsikan cara-cara hendak menjawab sifir darab dengan menggunakan jari. Terlebih dahulu kita kena pastikan murid kita@ anak kita mengahafal terlebih dahulu sifir 2 hingga 5, kerana sifir menggunakan jari ini hanya melibatkan sifir 6 hingga 9 sahaja. Setiap jari diwakilkan dengan nombor 6, 7, 8, 9. bagi setiap belah.
Sebagai contoh saya akan mulakan dengan soalan 9 x 9. Lihat gambar di bawah.

Empat jari kanan yang ditutup mewakili 9, begitu juga dengan empat jari kiri yang ditutup mewakili 9. Jari yang ditutup ini mewakili rumah puluh, dan perlu ditambah. Maksudnya jika empat jari yang ditutup bagi sebelah kanan mewakili 40, dan 40 bagi sebelah kiri memberi jumlah sebanyak 80. Manakala jari yang tidak ditutup mewakili rumah sa dan perlu di darab. Maknanya 1 x 1 = 1. Akhirnya kita dapati apabila 9 x 9 = 81.
Saya akan tunjukkan lagi beberapa contoh supaya anda faham dan boleh diamalkan.
Yang ini bagi soalan sifir 9 x 8, tutupkan 4 jari sebelah kanan dan 3 jari sebelah kiri. empat jari yang ditutup di sebelah kanan mewakili 40 dan tiga jari yang ditutup di sebelah kiri mewakili 30, menjadikan jumlahnya 70. Jari yang tidak ditutup pula mewakili rumah sa di mana perlu didarab. 1 x 2 = 2. oleh itu 9 x 8 = 72.
Yang ini untuk soalan sifir 8 x 7. Caranya, tutupkan 3 jari sebelah kanan dan 2 jari sebelah kiri. Tiga jari sebelah kanan ditutup mewakili 30 dan dua jari sebelah kiri yang ditutup mewakili 20. Jari yang tidak ditutup mewakili rumah sa dan perlu didarabkan. 2 x 3 = 6. Jadi 8 x 7 = 56.
Mudah bukan? Kalau untuk soalan sifir 6 x 6 atau 6 x 7 pula janganlah anda panik apabila menggunakan kaedah ini kerana ia melibatkan pengumpulan semula. Saya akan tunjukkan satu contoh di sini.
6 x 7=
Tutup satu jari sebelah kanan (6) dan tutup 2 jari sebelah kiri (7). 1 jari mewakili 10 dan 2 jari mewakili 20, apabila ditambah jumlahnya adalah 30. Jari yang tidak ditutup adalah 4 x 3 = 12. (10 + 2)
Kumpulkan 10 + 30 = 40. Jadi 6 x 7 = 42.
Sekian sahaja sesi perkongsian ilmu untuk kali ini. Saya percaya ramai yang sudah maklum tentang kaedah ini. Bagi yang belum mengamalkan, cubalah praktikkan kaedah yang cepat dan mudah ini.

Sebagai contoh saya akan mulakan dengan soalan 9 x 9. Lihat gambar di bawah.

Empat jari kanan yang ditutup mewakili 9, begitu juga dengan empat jari kiri yang ditutup mewakili 9. Jari yang ditutup ini mewakili rumah puluh, dan perlu ditambah. Maksudnya jika empat jari yang ditutup bagi sebelah kanan mewakili 40, dan 40 bagi sebelah kiri memberi jumlah sebanyak 80. Manakala jari yang tidak ditutup mewakili rumah sa dan perlu di darab. Maknanya 1 x 1 = 1. Akhirnya kita dapati apabila 9 x 9 = 81.
Saya akan tunjukkan lagi beberapa contoh supaya anda faham dan boleh diamalkan.

Yang ini untuk soalan sifir 8 x 7. Caranya, tutupkan 3 jari sebelah kanan dan 2 jari sebelah kiri. Tiga jari sebelah kanan ditutup mewakili 30 dan dua jari sebelah kiri yang ditutup mewakili 20. Jari yang tidak ditutup mewakili rumah sa dan perlu didarabkan. 2 x 3 = 6. Jadi 8 x 7 = 56.
Mudah bukan? Kalau untuk soalan sifir 6 x 6 atau 6 x 7 pula janganlah anda panik apabila menggunakan kaedah ini kerana ia melibatkan pengumpulan semula. Saya akan tunjukkan satu contoh di sini.
6 x 7=
Tutup satu jari sebelah kanan (6) dan tutup 2 jari sebelah kiri (7). 1 jari mewakili 10 dan 2 jari mewakili 20, apabila ditambah jumlahnya adalah 30. Jari yang tidak ditutup adalah 4 x 3 = 12. (10 + 2)
Kumpulkan 10 + 30 = 40. Jadi 6 x 7 = 42.
Sekian sahaja sesi perkongsian ilmu untuk kali ini. Saya percaya ramai yang sudah maklum tentang kaedah ini. Bagi yang belum mengamalkan, cubalah praktikkan kaedah yang cepat dan mudah ini.
Sabtu, 29 Oktober 2011
Berjaya
Alhamdulilah.... walaupun belum betul-betul sempurna tapi aku berjaya membuat sendiri blog ini. hah puas rasanya.... betullah kata orang kejayaan dari hasil tangan sendiri sangat manis rasanya...
Jumaat, 21 Oktober 2011
Langgan:
Catatan (Atom)